Maxis eKelas : Live Tutorial – Matematik (UPSR) - Pecahan
4 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 3 Oktober 2020, telah berlangsung Live Tutorial - Matematik (UPSR) dengan tajuk Pecahan. E-pembelajaran yang menyeronokkan & ceria yang dijalankan melalui aplikasi Zoom di Pusat Internet Gong Kulim ini telah disertai oleh seramai 7 orang pelajar darjah 6 dari SK Kulim. Belajar melalui tutorial dalam talian secara langsung dengan guru eKelas memberi pengalaman baru kepada peserta-peserta pada hari ini. Program pembelajaran digital seperti Maxis eKelas ini mampu memberi impak kepada pelajar-pelajar di sekitar Kg Gong Kulim supaya lebih terdedah kepada teknologi dan akses setanding dengan pelajar-pelajar lain di bandar.
Pusat Internet akan memainkan peranan sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan pedalaman. Semoga dengan pendedahan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Gong Kulim untuk menggunakan Portal eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: